Tuesday 9 January 2018

Berita & Info





.
.
Berita & Info
.
Antara Beli Rumah Siap dengan Beli Tanah Lot & Bina Rumah Impian, APA YANG UNTUNG BESARNYA ?
Antara Beli Rumah Siap dengan Beli Tanah Lot & Bina Rumah Impian, APA YANG UNTUNG BESARNYA ?
.
.
memang tak di nafikan harga rumah sekarang sangat-sangat mahal, kalau di kawasan Bandar Elit, teres 2 tingkat unit tengah bersaiz 20′ x 70′ dah tentu RM600,000 ke atas manakala di kawasan pinggir bandar pula berharga sekitar RM350,000-RM450,000
.
Maknanya bayaran bulanan pun dah tentu RM2,000 keatas dan perlu di bayar sehingga 30-35 tahun.
.
Duduk Apartment taknak lah pulak kan, sebab susah nak parking, susah sedara mara nak datang sebab saiz rumah kecil, lagi alasan nak bercucuk tanam & ternak ayam.
.
Jadi pilihan alternatif yang terbaik adalah beli tapak tanah lot yang seelok-elok yang sudah tersedia infrastruktur (selalu dalam iklan – ” Tanah lot Siap Infra untuk di jual “) dimana rata-rata harga tanah lot  yang di tawarkan dalam lingkungan RM50,000 ke atas bergantung kepada keluasan tapak.silap-silap siap bina rumah ,jumlah kos baru RM120,000 sahaja.
.
Pastikan Tanah Lot Anda Beli Bukan Status Berkongsi Dalam Geran Besar Dan Penama 6 Hingga 8 Orang Bukan Nama Yang Jual Tanah Dalam Geran.
.
Bahayalah tanah lot geran kongsi ni…ye memang betul tak di nafikan ada pelbagai komplikasi jika kita beli tanah lot melalui geran kongsi atau geran bersama, perkara ini selalu berlaku sebab pemaju hanya menjual tanah lot seluas satu ekar TETAPI MASALAH geran besar itu adalah Geran Empat atau Lima Ekar dan banyak penama, mereka belum  pecah geran tapi sebagai penguna kita harus lah bijak dengan meneliti dahulu, nilaikan pendapat dan barulah buat urus niaga. (TETAPI KAMI SYARIKAT PEMAJU NZR PROPERTIES REALTY HANYA MENJUAL TANAH LOT KAMI YANG TELAH DIPECAH DARI GERAN BESAR)
.
Seperti yang saya Abg Azman Klang sebagai Perunding Hartanah di NZR PROPERTIES REALTY pernah maklumkan dahulu, terdapat pelbagai versi dalam pemilikan geran bersama/kongsi ini, tapi ini adalah satu cara yang mampu milik kepada orang melayu dalam memperolehi tapak tanah dan memulakan bina rumah impian.jikalau kemampuan kita hanya ada RM150,000 , mana mungkin kita bole peroleh rumah yang nilainya sahaja sudah RM500,000 ke atas.
Yang Pasti Peluang kita untuk Memilii Tanah Sendiri semakin hari Semakin Sukar dan Harga Tanah Lot Juga Sudah Mula Semakin Mahal Jika Kita Tak Beli Hari Ini.
.
.
Apabila Anda Membeli Tanah Lot !!
APABILA MEMBELI TANAH LOT
Apa yang seharusnya anda PASTIKAN :
.
1- Tapak tanah yang hendak dibeli sudah di lihat depan MATA.
.
2- Tapak tanah tersebut sudah dibuat susun atur (PLOT) , mesti ada pelan susun atur.jadi kita tahu plot mana yang akan kita beli.
.
3- Pastikan tapak tanah ni bersedia dengan INFRASTRUKTUR, seperti Jalan, Perparitan, Tiang TNB dan Sesalur SYABAS serta tambakan tanah.
.
4- Dapatkan salinan GERAN TANAH ASAL, untuk pastikan tapak yang hendak kita beli adalah sama dengan geran yang di beri, kalau nak lebih bagus, modalkan sedikit ke pejabat TANAH untuk buat carian ke atas LOT TANAH tersebut.
.
5- Pastikan pemilikan tanah mengikut spesifikasi dari PEJABAT TANAH dan seelok-eloknya semua Transaksi harus di wakili PEGUAM. (BUKAN ANTARA ANDA DAN TUAN TANAH SAHAJA)-Jika Beli Tanah Lot Kami Yuran Guaman Adalah Percuma-
.
6- Pastikan urus niaga di lakukan di pejabat dan bukan di kedai-kedai kopi, dari Keadaan Pejabat urus niaga anda boleh nampak keyakinan kita untuk membuat perlaburan pembelian tanah tersebut.
.
7- Jangan sesekali berurusan dengan BROKER-BROKER TANAH YANG TIDAK DILANTIK , selalunya mereka lah yang banyak buat spoil di dalam pasaran HARTANAH.
.
akhir kata, tepuk dada tanya selera, jikalau anda mampu, tak salah kalau anda nak beli rumah yang berharga jutaan ringgit, tapi bayangkan dengan nilai yang anda ada boleh memaksimumkan lagi binaan rumah anda dan boleh menjimatkan kos wang ringgit anda.
.
Semoga menjadi panduan Beli Rumah Siap dengan Beli Tanah Lot & Bina Rumah Impian kepada ANDA.
.
.
KLIK SINI - Jom Kawan Dgn Saya Di FB dan InstaGram :
Jemput LIKE & Share Di FACEBOOK PAGES HARTANAH.
.
.
.
Sharing is caring ...
Sebarkan Berita Baik Ini  !!
.
atau Share link blog ini pada rakan2 anda di Facebook, Twitter, Google+, Email, SMS, Telegram dan WhatsApp pada Rakan2 dan WhatsApp Group2 Yang Anda Join.
BUTTON SHARE –Sebelah Kiri Jika Anda Guna Laptop / PC
BUTTON SHARE – Dibawah Sekali Jika Anda Guna Henpon / Android
Harap anda Share BUTTON Facebook & WhatsApp ye
p/s – terimakasih atas LIKE dan Share Anda.. Kami juga Doakan Semoga Anda Kaya & Berjaya didunia dan akhirat.. aamiin ya rabb

.

.
.
.

0 comments: