Tuesday, 9 January 2018
Info: Peranan Sebenar Peguam Dalam Urusan Jual Beli Hartanah.
Tonton Video dan Berkenalan dengan Kakitangan Firma Peguam Anda
Sebagai Pembeli Tanah Lot
.
.
.
Assalamu’alaikum wbt dan salam yang barakah.
Info: Peranan Sebenar Peguam Dalam Urusan Jual Beli Hartanah / Tanah
Lot
.
Pengurusan Guaman-Soalan Jual Beli Hartanah (Tanah Lot dan
Pembinaaan Rumah)
Disini wajib saya terangkan secara panjang lebar sikit..
.
kepada semua Pelangan @ Pembeli tanah lot Kami..
Perlukah Anda semua ...
1)Mencari Peguam Jual Beli Tanah atau Bina Rumah ?
2)Ingin tahu berapa kos guaman utk urusan beli tanah atau
bina rumah ?
3)Takut tersilap memilih peguam hartanah?
4)Perlukan Peguam S&P atau Daftar Nama di Pejabat Tanah?
.
.
Berita
Baik – Peguam Hartanah adalah Keutamaan bagi Pelanggan / Pembeli Tanah Lot
.
.
Firma guaman atau peguam hartanah adalah KEUTAMAAN bagi syarikat NZR PROPERTIES REALTY..Peguam hartanah adalah pihak yang menguruskan surat perjanjian jual beli (S&P / SPA), tukar hakmilik, PENDAFTARAN DIPEJABAT TANAH & MAHKAMAH. Kami tahu adalah menjadi harapan setiap pelanggan kami agar peguam yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik. Tepati masa perjanjian, jujur, cekap, menjaga kepentingan pelanggan dan paling penting mudah dihubungi.
.
Firma guaman atau peguam hartanah adalah KEUTAMAAN bagi syarikat NZR PROPERTIES REALTY..Peguam hartanah adalah pihak yang menguruskan surat perjanjian jual beli (S&P / SPA), tukar hakmilik, PENDAFTARAN DIPEJABAT TANAH & MAHKAMAH. Kami tahu adalah menjadi harapan setiap pelanggan kami agar peguam yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik. Tepati masa perjanjian, jujur, cekap, menjaga kepentingan pelanggan dan paling penting mudah dihubungi.
.
Oleh itu Team NZR PROPERTIES REALTY berbesar hati berkongsi
peguam jual beli tanah kami iaitu Firma Guaman ROYANI & Co yang selalu
berurusan dengan kami sekiranya anda perlukan. Firma Guaman ini amat bertanggungjawab,
berpengalaman dalam selok belok hartanah dan mempunyai kakitangan muslimah yang
amat mesra pelanggan.
.
antara Skop Khidmat pihak peguam kami uruskan kepada anda:
1)Memberi nasihat perundangan kepada anak guam berkaitan
urusan dan proses jual beli hartanah
2)Menyediakan perjanjian jual beli (s&p) dan dokumen
pindah milik dan pendaftaran surat ikatan amanah di pejabat tanah.
3)Memastikan terma dan syarat perjanjian jual beli
melindungi kepentingan anak guam
4)Memastikan dokumen teratur sebelum menyediakan perjanjian
jual beli
5)Menguruskan Surat Perjanjian Pembiayaan / Pinjaman @ Loan
Agreement.
6)Dan lain-lain kerja yang berkaitan dengan Wasiat, harta
Pusaka dan semua urusan berkaitan hartanah.
.
.
Mungkin ramai yang bertanya, kenapa kita perlu gunakan
khidmat peguam untuk uruskan urusan pembelian sesuatu hartanah? Tidak bolehkah
kalau kita uruskan sendiri urusan jual beli tersebut tanpa melibatkan peguam?
.
Ini kerana, ramai bertanggapan, sekiranya kita menggunakan
khidmat peguam, peguam akan kenakan bayaran guaman yang amat mahal hingga
belasan ribu ringgit, sedangkan urusan jual beli hartanah tersebut bukanlah
susah sangat pun. Ia sekadar isi borang itu dan ini dan selepas itu pergi
sahaja ke pejabat tanah. Selesai urusan.
Itulah antara persepsi
sesetengah daripada orang yang biasa saya dengar…dan ini adalah pandangan yang
kurang tepat.
.
Kenapa Anda
Perlukan Khidmat Peguam ..??
.
.
Di sini saya ingin jelaskan, kenapa sebenarnya anda perlu khidmat peguam untuk urukan urusan jual beli hartanah anda?
.
Di sini saya ingin jelaskan, kenapa sebenarnya anda perlu khidmat peguam untuk urukan urusan jual beli hartanah anda?
1. Jual beli hartanah melibatkan undang-undang. Urusan jual
beli hartanah ini juga akan melibatkan isu-isu berkaitan undang-undang tanah.
Misalnya, tentang syarat-syarat urusan jual beli hartanah di bawah Rezab
Melayu, borang-borang urusniga hartanah tertentu yang digunapakai sebagaimana yang
dikehendaki di dalam Kanun Tanah Negara dan lain-lain perkara yang berkaitan
dengan undang-undang tanah.
2.Dalam urusan sesuatu jual beli hartanah, Peguam juga akan
bertanggungjawab sebagai stakeholder (pemegang pertaruhan) terhadap semua
bayaran yang anda akan jelaskan kepada syarikat kami nanti. Dalam erti kata
lain, segala bayaran hendaklah dibuat melalui peguam yang telah kami lantik.
Peguam anda nanti yang akan melepaskan bayaran harga jual beli tersebut kepada
pihak kami tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di
dalam perjanjian jual beli.
3) Peguam akan memberi anda nasihat tentang masalah bersifat
undang-undang, mewakili anda di mahkamah jika perlu, membantu mengendalikan hak
anda disisi undang-undang.
.
.
Oleh yang demikian, kami telah memilih peguam yang mahir dan
berpengalaman dalam urusan pembelian hartanah anda di samping peguam yang anda
mudah berurusan dengan mereka untuk mempastikan urusan jual beli hartanah
tersebut berjalan lancar.
.
Ramai yang pesan, jika nak bayar 10% ini eloknya gunakan
cek, tunai pun boleh tapi tidak digalakkan. Bagi yang tiada cek sendiri boleh
gunakan banker cheque. Pastikan anda dapatkan pengesahan penerimaan oleh
pejabat peguam semasa menyerahkan duit tersebut. Ia penting sebagai bukti jika
timbul masalah kemudian hari.
.
Maka Untuk Pembelian Tanah Lot yang kami uruskan di NZR
PROPERTIES REALTY memang tuan / puan diwajibkan bayar terus pada NZR PROPERTIES
REALTY atau pihak firma peguam yang kami lantik iaitu ROYANI & CO sahaja.
TIDAK PERLU BUAT APA-APA PEMBAYARAN WANG TUNAI PADA PEGAWAI
JUALAN KAMI atau Broker atau Introducer.
dan yang paling utama untuk pelanggan / pembeli tanah lot
kami... semua kos bayaran pelbagai surat perjanjian dan semua kos guaman..pihak
KAMI TANGGUNG 100%..anda tidak perlu bayar satu sen pun… ianya PERCUMA untuk
Anda.
.
Semoga anda semua gembira dengan sedikit perkongsian pada
hari ini…Untuk sebarang pertanyaan yang melibatkan urusan pembayaran untuk
membeli TANAH LOT ..sila hubungi 0132193131 Encik Azman dari syarikat NZR
PROPERTIES REALTY.
.
.
Sebarkan Berita Baik Ini
!!
.
Sharing is caring ...
Sebarkan Berita Baik Ini
!!
.
atau Share link blog ini pada
rakan2 anda di Facebook, Twitter, Google+, Email, SMS, Telegram dan WhatsApp
pada Rakan2 dan WhatsApp Group2 Yang Anda Join.
BUTTON SHARE –Sebelah Kiri Jika Anda Guna Laptop / PC
BUTTON SHARE – Dibawah Sekali Jika Anda Guna Henpon /
Android
Harap anda
Share BUTTON Facebook & WhatsApp ye
p/s – terimakasih atas LIKE dan Share Anda.. Kami juga
Doakan Semoga Anda Kaya & Berjaya didunia dan akhirat.. aamiin ya rabb
.
.
.
.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
0 comments:
Post a Comment