Tuesday, 9 January 2018
Panduan Untuk Anda Membeli Tanah Lot
.
.
Panduan
Untuk Anda Membeli Tanah Lot
PANDUAN UNTUK ANDA MEMBELI TANAH LOT IMPIAN
.
SHARE UNTUK MAKLUMAN SEMUA.
.
Assalamualaikum wbt…
.
Di dalam statistik carian di Internet admin dapati, antara
‘keyword search’ paling tinggi adalah berkaitan cara membeli tanah lot.
.
Jadi kami sebagai admin di NZR PROPERTIES REALTY dapat
membuat andaian di sini bahawa, ramai orang diluar sana sudah bertukar arah
daripada membeli rumah yang sudah siap (Teres, Apartment, Semi- D, Banglo dan
sebagainya) kepada membeli tanah lot
atau tapak rumah kemudian membinanya sendiri.
.
Ini kerana kos membeli sebuah rumah teres atau apartment di
Lembah Klang sahaja telah menjangkau angka RM400,000.00 – RM800,000.00, Semi-D
melebihi RM 1Juta manakala rumah banglo melebihi RM 2Juta. Ini betul-betul
SERIUS.
.
Sedikit Panduan …. Membeli Tanah Lot.
.
Oleh itu, hari ini saya Abg Azman Klang sebagai Perunding
Hartanah di NZR PROPERTIES REALTY akan memberikan sedikit panduan secara kasar
berkenaan cara membeli tanah lot dari peringkat mengenalpasti tanah sehingga
proses tukar nama. Antara perkara utama yang perlu anda lakukan:
.
1. Setelah mengenalpasti tanah yang hendak dibeli melalui
iklan-iklan (Mudah.my, akhbar, flyers ataupun rakan-rakan), cuba hubungi
individu ‘incharge’. Tanya serba sedikit mengenai tanah tersebut (lokasi, saiz,
harga dsb). Kemudian aturkan temujanji untuk melawat tapak.
.
2. Melawat tapak tanah lot tersebut semasa sesi temujanji
untuk memastikan tapak tersebut wujud. (INI PALING PENTING **)- MESTI DAH SIAP INFRA SEPERTI KAWASAN YANG TELAH
DIBERSIHKAN, BATU PANCANG SEMPADAN TANAH, LONGKANG SERTA JALAN YANG LEBAR, SALUR 3” SYABAS DAN TIANG
ELEKTRIK TNB
.
3. Semasa sesi temujanji tersebut pastikan anda berjumpa
berjumpa tuan tanah lot ATAU wakil penjual tanah lot yang diiklankan. Pada masa
ini tuan tanah lot / wakil penjual tanah lot tadi sudah semestinya akan membawa
dokumen (geran, contoh S&P, pelan dan lain-lain dokumen) untuk ditunjukkan
kepada anda. (PASTIKAN PELAN TANAH LOT JUGA TELAH DIBUAT DAN TELAH DI CHOP SAHKAN
OLEH SYARIKAT JURU UKUR YANG BERPENGALAMAN DAN BERLESEN-SEMAK DENGAN PEGUAM
JIKA ANDA BERASA RAGU-RAGU)
.
4. Semak geran tanah lot yang original ataupun yang salinan
(jarang mereka bawa yang ORIGINAL , kalau hilang satu hal nak buat DUPLICATE
nanti ), pastikan tanah lot yang anda lihat itu sama kedudukan atau lokasi
didalam geran. Kemudian semaklah pula nama pemilik tanah dan no kad pengenalan
tuan tanah. Pada masa ini tanyalah apa sahaja berkaitan tanah lot tersebut,
pastinya orang yang anda jumpa itu dapat menjawabnya.
.
5. Jika anda masih ragu-ragu, ambil no Geran dan no Lot
tanah tersebut. Kemudian anda pergi sendiri ke Pejabat Tanah yang berkaitan
dengan tanah tersebut untuk membuat Carian. Jika tanah lot di kawasan Klang
maka pergilah Pejabat Tanah Klang untuk buat carian. Ini bagi memastikan geran tanah
lot yang ditunjukkan kepada anda adalah original dan pemilik yang sah.-ANDA JUGA BOLEH
MEMOHON DENGAN PIHAK PEGUAM UNTUK BERTANYA STATUS KEDUDUKAN PENAMA DALAM GERAN
(jangan sampai ada 4-5 orang penama), SAIZ TANAH DALAM GERAN DENGAN SAIZ TANAH
LOT YANG DIJUAL-JIKA TANAH LOT TERSEBUT BERSAIZ DUA EKAR MAKA MESTI SAMA DUA
EKAR SAIZ TANAH DALAM GERAN.
(Langkah 5 ini digunapakai jika anda ragu-ragu pada Langkah
4 tadi)
.
6. Pastikan samada tanah lot tersebut tanah lot geran
individu atau surat ikatan amanah. Tiada masalah pada kedua-duanya, ini adalah
proses pembelian tanah lot. JANGAN RISAU, samada lot geran individu atau surat
ikatan amanah, kedua-duanya sah menjadi tanah anda serta mengikat waris
(keturunan) anda dan tanah lot ini boleh dibeli dan dijual semula pada
bila-bila masa. Cuma proses yang berbeza ini adalah mengikut keadaan tertentu
tanah tersebut.
.
7. Jika telah bersetuju proses seterusnya adalah untuk
membayar ‘booking’ atau deposit. Pada masa ini anda perlu meminta dokumen
pembayaran / resit (yang menyatakan no Geran, no Lot dan butiran didalam geran,
salinan kad pengenalan penerima wang anda dan salinan geran. YANG PALING UTAMA
- SEGALA URUSAN PEMBAYARAN DIBUAT DI PEJABAT PEGUAM UNTUK SEMUA JUALAN TANAH
LOT YANG DI MAJUKAN OLEH NZR PROPERTIES
REALTY
.
8. Seterusnya proses tandatangan Perjanjian Jual Beli
(S&P) tanah lot. Jika anda pernah berurusan dengan pihak kami (syarikat NZR PROPERTIES REALTY), pada kebiasaannya
kami akan terus menyiapkan dokumen S&P tanah lot ini pada Langkah 7 tadi.
Bayar deposit dan terus tandatangan S&P tanah lot. Ini untuk memastikan
pihak pembeli tanah lot terus mendapat perjanjian Jual Beli tanah lot tersebut dan pembeli tanah lot akan berasa
lebih terjamin kerana didalam perjanjian itu segala butiran jual beli, bayaran
deposit, baki bayaran ada dinyatakan (lebih selamat dan sudah ‘legal’).
.
9. Seterusnya Pendaftaran Di Pejabat Tanah , selalunya bergantung
kepada JUALAN sesebuah tapak Tanah lot. Namun Demikian tempoh untuk pendaftaran
tanah lot ini tidaklah mengambil masa yang lama, SEMOGA DI PERMUDAHKAN SEGALA
URUSAN.
.
.
Keistimewaan syarikat pemaju hartanah NZR PROPERTIES REALTY
adalah kerana semua HARGA Jualan TANAH LOT Kami termasuk INFRA dan PERCUMA.
(KOS GUAMAN & DUTI SETEM, SURAT PERJANJIAN PEGUAM, DAFTAR NAMA DI PEJABAT
TANAH, JURU UKUR BERLESEN & PELAN TANAH, BATU PANCANG SEMPADAN TANAH,
PERPARITAN SERTA JALAN YANG LEBAR, PAIP SYABAS 3” DAN TIANG TNB)
.
.
Itu sahaja sedikit perkongsian dari kami syarikat pemaju
hartanah NZR PROPERTIES REALTY berkenaan
cara membeli tanah lot. Jangan malu untuk bertanya kepada sesiapa yang tahu
tentang perkara ini,
Malu Bertanya Sesat Jalan. Pastikan hak anda terjamin…
.
.
.
Hubungi Kami Hari Ini Juga
Tel / SMS / WhatsApp: 013-2193131
Tel / SMS / WhatsApp: 013-2563131
Tel / SMS / WhatsApp: 013-2563131
Pengurus Pemasaran Hartanah
NZR Properties Realty Resources
E-mail : azmanhartanah@gmail.com
.
.
KLIK SINI - Jom Kawan Dgn Saya Di FB dan InstaGram :
Jemput LIKE & Share Di FACEBOOK PAGES HARTANAH.
.
.
Sebarkan Berita Baik Ini
!!
.
Sharing is caring ...
Sebarkan Berita Baik Ini
!!
.
atau Share link blog ini pada
rakan2 anda di Facebook, Twitter, Google+, Email, SMS, Telegram dan WhatsApp
pada Rakan2 dan WhatsApp Group2 Yang Anda Join.
BUTTON SHARE –Sebelah Kiri Jika Anda Guna Laptop / PC
BUTTON SHARE – Dibawah Sekali Jika Anda Guna Henpon /
Android
Harap anda
Share BUTTON Facebook & WhatsApp ye
p/s – terimakasih atas LIKE dan Share Anda.. Kami juga
Doakan Semoga Anda Kaya & Berjaya didunia dan akhirat.. aamiin ya rabb
.
.
.
.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
0 comments:
Post a Comment